Sistem ekonomi di Malaysia
pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada 2 bentuk
yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil.
Bentuk dan kegiatan ekonomi
yang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan
pada masa dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang;
pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya.
Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau
sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil
kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan
pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk
membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan
seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan ekonomi sara diri yang utama
ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan
sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak.
Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu
setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka
telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip
cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini
kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu
perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor
perdagangan dan perlombonga
Sumber:
Wikipedia, ensiklopedia bebas.